RSS

Bon Ton Resort Langkawi

Bon Ton Resort Langkawi adalah di antara hotel-hotel Langkawi yang paling bergaya di pulau itu. Ia juga merupakan hotel butik yang sempurna di langkawi. Mempunyai lapan vila yang ditata secara individu dengan ciri Melayu antik. Hotel ini terletak kira-kira 7-10 minit memandu dari lapangan terbang dan 2 minit memandu dari pantai Pantai Cenang. Hotel Bon Ton Resort adalah selesa walau ianya agak terpencil.

Setiap bangunan dibena dengan ciri-ciri tersendiri dan pastinya menambat hati dan jiwa. Semuanta direkabentuk secara individu dan eksklusif, menghadap kolam dan lagun, penghawa dingin dan kipas siling. Setiap villa mempunyai peti ais, kemudahan membuat kopi dan teh , air mineral percuma, pengering rambut, sarung, selipar tempatan, TV, pemain CDDVD, Internet (WiFi) di seluruh resort untuk digunakan oleh semua tetamu.


Hotel Nam Restaurant di Bon Ton dianggap sebagai salah satu hotel yang terbaik di pulau Langkawi. Para tetamu hotel juga boleh menikmati panorama matahari terbit di Sunset Deck atau merasa kesejukkan di Chin Chin Bar dan Lounge. Bon Ton Resort telah dinobatkan sebagai Best 101 Hotel di Dunia oleh Tatler Travel Guide, Inggeris pada tahun 2009.

Anda boleh akses semua hotel-hotel Langkawi di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hotel Awana Porto Malai Resort Langkawi

Hotel Awana Porto Malai Resort terletak di hujung selatan-barat Langkawi. Hotel ini mempunyai ciri-ciri penginapan di Kepulauan Mediterranean. Hotel ini merupakan tempat yang ideal untuk percutian romantik di Langkawi. Anda akan terpegun dengan 99 pulau yang terkenal kerana mitos dan legenda permaisuri, makhluk mitos, askar gagah berani dan epik asmara.



Anda boleh menyalakan unggun api di bawah sinaran cahaya bulan dan berjalan-jalan di bawah kerlipan bintang. Makan malam di bawah cahaya lilin yang menghadap laut yang tidak berpenghujung. Sesuai untuk percutian peribadi dalam suasana indah dan nyaman. Anda bolen menaiki kerata kabel selama 20 minit dan berjemur di sinar matahari terang di Langkawi.

Di Taman Sari Spa pula, anda boleh memilih rawatan Spa yang romantis dan santai. Semoga anda berpuas hati untuk menginap di hotel Awana Porto Malai Langkawi. Bersantai. Menawan. Romantis.

Untuk pilihan hotel-hotel Langkawi sila klik di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aseania Resort Langkawi

Hotel Aseania Resort terletak di Simpang Tiga Jalan Pantai Tengah Mukim Kedawang, Langkawi. Hotel ini adalah salah satu hotel terbaik untuk untuk sesiapa yang ingin tinggal di persekitaran bandar. Hotel ini mempunyai pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan yang di 217 biliknya dan di seluruh hotel.

Setiap bilik di hotel ini mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin, meja, pengering rambut, akses internet tanpa wayar, papan seterika, televisyen. Penginapan di Langkawi ini mempunyai semua kemudahan dan kemudahan ini adalah yang anda inginkan dari sebuah hotel di kelasnya. Bagi para tetamu yang ingin berehat, hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan termasuk urut, kolam renang ( kanak-kanak ), pusat kecergasan, spa, sukan air tanpa motor dan kolam renang.


Dengan kemudahan yang elegan dan sikap ramah kakitangannya, tetamu di hotel ini pasti akan berpuas hati untuk bercuti di Pulau Langkawi. Untuk menempah bilik di Hotel Resort Aseania, sila masukkan tarikh perjalanan anda dan lengkapkan borang tempahan dalam talian kami di sini .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS